Waktu Solat
[ Tukar Kawasan ]
Jumlah Pengunjung






![]() | Hari Ini | 19 |
![]() | Semalam | 71 |
![]() | Minggu Ini | 511 |
![]() | Bulan Ini | 300 |
![]() | Semua | 10870 |
|
Soalan Lazim
Program 1idea4U adalah satu model ekonomi berkonsepkan kebajikan. Bantu-membantu dalam mengatasi kegawatan ekonomi dan menjadikan semangat gotong-royong sebagai rutin utama yang menjadi amalan zaman-berzaman.
Program ini berkonsepkan pemberian(sumbangan) yang telah ditetapkan agihan oleh semua peserta dan dikira mengikut pakej program yang disediakan.
3. Adakah program ini satu skim atau perniagaan? Program ini bukanlah suatu bentuk perniagaan dan juga bukan skim cepat kaya ataupun pelaburan. Ianya satu bentuk program yang telus melibatkan agihan sesama peserta dan tiada melibatkan satu pelan yang menjanjikan pulangan yang lumayan tanpa bekerja. Dalam borang penyertaan terdapat semua keterangan berkaitan agihan yang disalurkan mengikut saluran penyertaan masing-masing. Anda haruslah ada orang yang mengenalkan kepada anda tentang program ini untuk mendapatkan borang tersebut.
4. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan keterangan tentang program ini? Pertama, anda haruslah ada orang yang mengenalkan kepada anda tentang program ini untuk mendapatkan borang tersebut. Kedua, melalui eCenter yang telah berdaftar dengan pihak syarikat.(Lihat senarai eCenter). Anda boleh mendapatkan penerangan melalui eCenter. Pendaftaran hanya dibenarkan melalui eCenter sahaja. (Pihak HQ hanya boleh dihubungi untuk urusan pertanyaan dan rujukan sahaja)
5. Bagaimana jika saya ingin berdaftar sebagai peserta? Program ini terdapat dalam 2 pilihan iaitu: Pertama, anda boleh melakukan sendiri urusan pembelian wangpos(manual) menggunakan borang pengenal anda(ikut arahan dalam borang) dan menghantar terus kepada syarikat.
Kedua, pendaftaran melalui eCenter bagi mereka yang ingin menyerahkan segala urusan dan perkhidmatan penyediaan wangpos oleh pihak syarikat sebagai pengendali program. Segala urusan ini hendaklah dengan kerelaan sendiri tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak. Pilihan ini adalah bertujuan mempermudahkan para peserta bagi yang tiada kesempatan untuk berurusan dengan pihak pos. Hanya pilihan ini sahaja anda boleh berdaftar secara online melalui eCenter. Bagi tujuan pendaftaran melalui eCenter, anda tidak boleh membuat bayaran tunai pakej program kepada eCenter. Hanya serahkan slip bank(bayaran kepada syarikat) serta borang kepada eCenter. eCenter tidak dibenarkan mengutip deposit daripada peserta atau sesiapa sahaja.(Sila rujuk eCenter atau HQ untuk penjelasan lanjut).
6. Setelah mendaftar secara online, berapa lamakah masa untuk saya mendapatkan borang penyertaan program? Anda boleh mendapatkan borang penyertaan pada waktu yang sama setelah pendaftaran selesai dilakukan oleh eCenter. ID dan password juga akan diberikan oleh eCenter yang membuat pendaftaran anda untuk akses kepada akaun anda. Anda boleh mula memperkenalkan orang baru tentang program dan mendaftarkan mereka walaupun akaun anda tidak diaktifkan lagi. Anda hanya tidak dapat akses kepada akaun anda selagi eCenter tidak menghantar borang asal serta slip pembayaran kepada syarikat bagi tujuan pengesahan dan pengaktifan.
7. Apakah tujuan akses kepada online(akaun peserta)? Sistem online yang disediakan hanyalah sebagai rujukan untuk kemudahan para peserta melihat pergerakan dalam kumpulan. Ini adalah sebagai bukti bahawa sebarang keraguan tentang program sebelum ini sebenarnya boleh diterjemahkan dalam sistem agar semua pihak dapat melihat ketelusan agihan yang sepatutnya diterima tanpa timbul persoalan lagi. Ini bukanlah e-Wallet serta e-Comerce dan tiada pembayaran online dibuat kerana program ini menggunakan sepenuhnya agihan dalam bentuk wangpos. Kesemua agihan yang dibuat akan dihantar terus kepada peserta dan rekod akan ditunjukkan dalam sistem.
Anda boleh berhubung terus melalui eCenter atau HQ untuk penjelasan lebih lanjut.
|
Member Login
Berita Terkini
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Kepada Semua Yang Beragama Islam




